Strategi dan doktrin Persenjataan Perang Vietnam

Pengkalan Bantuan Tembakan Fire Support Base (FSB)

Pengkalan Bantuan Tembakan (Bahasa Inggeris : Fire Support Base, singkatan FSB ataupun firebase) adalah satu pengkalan tentera artileri yang diwujudkan untuk memberikan bantuan tembakan artileri kepada pasukan tentera Amerika. FSB digunakan secara meluas semasa Perang Vietnam untuk memberikan bantuan artileri kepada pasukan tentera Amerika yang beroperasi di jauh di luar kawasan kekesanan pasukan artileri mereka sendiri.

Komponen Pengkalan Bantuan Tembakan berbeza-beza. Secara amnya, pengkalan yang kecil mempunyai 1 bateri askar artileri dengan 6 laras meriam howitzer 105mm dengan awak-awaknya. Bateri artileri tersebut disokong oleh satu platun askar jurutera. Pertahanan diberikan oleh 1 kompeni askar infantri dengan mesingan, bom Claymore, mortar dan senjata ringan.

Med-evac

Misi Medevac oleh UH-1 Huey "Dust Off"

UH-1 Huey juga terkenal kerana kegunaan sebagai helikopter "Med-evac" yang digunakan untuk mengeluarkan anggota yang cedera dari medan tempur dan menerbangkan mereka ke pusat perubatan medan. Ini mengurangkan dengan besar kadar kematian askar yang cedera di medan pertempuran. Pada purata, jarak masa di antara tentera mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di surgeri adalah 100 minit. 97% tentera cedera yang dikeluarkan dari medan tempur ke surgeri medan berjaya hidup. 390,000 orang anggota tentera yang cedera dikeluarkan dari medan tempur dengan helikopter.

Juruterbang "Med-evac" menanggung risiko tinggi masuk ke medan tempur untuk mengeluarkan merka yang cedera. 88 orang juruterbang helikopter "Med-evac" terbunuh dan 380 yang lain cedera. Juruterbang Major Charles L Kelly merupakan wira "Med-evac".

Pasukan Khas

Fail:Specialforcesteam.jpgPasukan Khas di Vietnam

Pasukan Khas seperti Green Berets dan Navy Seals beroperasi dalam perlaksanaan peperangan bukan konvensional di Vietnam. Pasukan Peninjau Jarak Jauh (Long Range Reconnaissance Patrol) membuat rondaan untuk mengintip dan meninjau kedudukan musuh. Pasukan Green Berets mula digunakan oleh Presiden Kennedy sebagai penasihat tentera pada permulaan zaman penglibatan Tentera Amerika.

Pasukan Green Berets menubuhkan kem di kawasan pergunungan di kawasan tengah Vietnam. Mereka mengumpulkan penduduk kaum asli berbangsa Montagnard dan melatih mereka menjadi penempur dalam pasukan “Striker”. Pasukan ini menjalankan operasi serangan ke atas Laluan Ho Chi Minh (Tentera Amerika tidak dibenarkan menjalankan operasi di Laos). Pasukan ini disusunkan mengikut “A team” terdiri dari 12 orang anggota yang kemudiannya membina pasukan tempur mereka menggunakan penduduk tempatan.

Amerika amat berpuashati dengan pencapaian oleh pasukan Special Air Service Regiment dari Australia dan New Zealand. Pasukan SAS Australia tiba di Vietnam pada 15 Jun 1966 dan memulakan operasi tentera daripada pengkalan di Nui Dat. Mereka menjalankan peranan pengintipan dan mengumpulkan maklumat mengenai pasukan komunis di wilayah Phuoc Tuy. Kesan pasukan ini dapat dinilai apabila Viet Cong meletakkan harga US$5,000 untuk seorang Ma Rung – hantu hutan. Hanya 1 orang anggota SAS Australia Australia terbunuh semasa bertugas di Vietnam. Pengalaman pasukan SAS Australia di Vietnam dikisahkan dalam filem Odd Angry Shot. Pasukan SAS Australia berjaya membunuh 378 orang Viet cong kesemuanya, dengan mengalami 1 orang anggota terbunuh. Pasukan SAS New Zealand dengan kekuatan 1 pegawai dan 25 anggota berkhidmat bersama-sama pasukan SAS Australia.

Mark I P.B.R.

Medan ujian senjata

Vietnam juga merupakan medan ujian untuk doktrin Kavalri Udara. Helikopter digunakan untuk memasukkan dan mengubah kedudukan unit tentera dengan cepat. Cara pergerakan ini disempurnakan oleh Divisyen Pertama Kavalri Udara dan Divisyen ke-101 Gerak Udara (Airmobile). Pasukan Marin juga menggunakan helikopter untuk pergerakan “vertical envelopment” mereka.

Peluru Berpandu

Tentera udara mula menggunakan peluru berpandu semasa perang Vietnam. Jambatan di Thanh Hoa sebelumnya diserang berkali-kali tetapi tidak dapat dimusnahkan. Pada 27 April 1972, 8 pesawat penyerang di mana 2 pesawat membawa dengan 2 misil Walleye II setiap satu dan 2 pesawat lain masing-masingnya membawa 2 bom berpanduan laser memusnahkan jambatan tersebut.

Agent Orange

Pesawat Udara Menyembur Peranggas Agent Orange Di Hutan Belantara Vietnam

Amerika menggunakan racun herba semasa Perang Vietnam untuk (a) menyebabkan pokok-pokok hutan menggugurkan daun supaya pergerakan Viet Cong dan tentera PAVN, dan (b) untuk memusnahkan sumber makanan pihak musuh.

Peranggas disembur daripada pesawat udara (biasanya pesawat C-123 Provider) yang terbang rendah sangat berbahaya, walaupun dalam jumlah yang kecil. Hampir 50 juta liter Agent Orange, mengandungi 170 kilogram dioxin disembur sepanjang Perang Vietnam.

Agent Orange dipersalahkan untuk kadar keguguran kandung yang terlampau tinggi, penyakit kulit, kanser, dan kecacatan semasa kelahiran. Tentera Amerika, Australia dan New Zealand juga mengalami kesan daripada Agent Orange. Sejak tahun 1980, banyak kes saman diajukan terhadap Dow Chemical dan Monsanto, pengeluar Peranggas yang digunakan. US$180 juta telah dibayar kepada veteran tentera di Amerika Syarikat, dan satu jumlah (tidak diketahui) dibayar kepada veteran Australia dan New Zealand dalam satu penyelesaian luar mahkamah. US$62 juta dibayar kepada veteran dari Korea Selatan.

Rujukan

WikiPedia: Persenjataan Perang Vietnam http://psysim.www7.50megs.com/dustkelly.htm http://www.britains-smallwars.com/Vietnam/SP.htm http://www.danshistory.com/vietnam.shtml#kia http://www.historynet.com/magazines/vietnam/303011... http://www.imdb.com/title/tt0079652/ http://www.nostalgiacentral.com/movies/oddangrysho... http://keepourcountryfree.tripod.com/id18.html http://www.diggerhistory.info/pages-air-support/vi... http://www.vectorsite.net/avcrus_2.html#m3 http://www.globalsecurity.org/military/systems/air...